Connect with us

Oh! Media

Belasan Kereta Mewah Dibeli Penduduk Rosak, Rupanya Tak Pandai Memandu

Copy of Ohmedia 16

Trending

Belasan Kereta Mewah Dibeli Penduduk Rosak, Rupanya Tak Pandai Memandu

Siapa tak suka bila dapat durian runtuh yang akhirnya menjadikan kita jutawan segera. Inilah apa yang berlaku kepada penduduk di sebuah perkampungan Indonesia yang sebelum ini viral membeli lebih 117 buah kereta baru. Kejadian ini berlaku di Kampung Sumurgeneng daerah Jenu, Tuban dan hampir semua penduduk kampung mendapat habuan wang pampasan.

Jumlah pampasan yang diterima penduduk kampung adalah sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) hingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) mengikut saiz tanah mereka. Dilaporkan tanah penduduk kampung ini dibeli sebuah syarikat petroleum dari Rusia dan ia sangat mengembirakan para petani di sana.

Tetapi, tidak lama selepas itu dilaporkan banyak kenderaan baru penduduk kampung ini sudah rosak dan dimasukkan ke bengkel. Kerosakkan ini bukanlah kerana mereka mengalami kemalangan di jalanraya, tetapi hanya kerana tidak pandai memandu dan rosak atas kecuaian mereka sendiri.

IKLAN
vocket-kereta-mewah-jutawan-segera-kemalangan-1

Menurut laporan Kompas TV, belasan kereta mewah dengan pelbagai jenis jenama telah rosak dan antara jenama yang paling banyak adalah Toyota.

Sudah ada 15 mobil yang kecelakaan kecil, tapi sudah selesai perbaikan sekarang. – Kata Arie Soerjono pengurus Auto 2000 Tuban.

Penduduk kampung bagaimanapun bernasib baik kerana kereta yang dibeli sudah tersedia insuran. Mesti ada yang akan kata “kenapa habiskan duit beli kereta mewah? Kenapa tak buat perniagaan?”, kita perlu faham yang mereka adalah warga petani di Indonesia dan pastinya menjadi impian mereka untuk memiliki sebuah kereta mewah.

Mungkin lepas ni, pemilik kereta boleh pergi kelas memandu dulu dan pastikan mereka dapat memandu dengan selamat.

Kredit: Kompas TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas