Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Pernah Takut Dengan Perampas” – Risteena

90e70780 17f6 45b0 a642 136c8704275ajpeg

Oh! Artis

“Saya Tak Pernah Takut Dengan Perampas” – Risteena

Pelakon jelita Nur Risteena Munim atau lebih dikenali sebagai Risteena berusia 31 tahun mengatakan bahawa hubungannya bersama Isa Khan dapat menjaga sesama sendiri sebaik mungkin dan boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap tunangnya itu.

Dia juga berkata tidak pernah rasa takut dengan perampas kerana tunangnya itu tidak pandai menilai orang. Jadi, dia sangat yakin yang Isa adalah bukan orang yang mudah untuk dirampas.

Kita semua kena tahu kalau Allah cakap jodoh dia dengan org lain, kita tak boleh tolak takdir. Takda istilah rampas merampas. Masing-masing dah tahu jaga hubungan. Takda apa yang perlu dirisaukan. Saya tak pernah takut dengan perampas. Isa bukan tak pandai menilai orang. Saya sangat yakin Isa bukan mudah untuk dirampas.

Terdahulu, Risteena pernah menyembunyikan hubungannya bersama Isa Khan. Walaubagaimanapun, pasangan ini mendedahkan hal yang sebenar pada 6 Disember tahun lalu menerusi satu sidang media dan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November semasa bercuti di Bali, Indonesia.

IKLAN

OHMEDIA: KITA DOA YANG BAIK-BAIK YA GAIS!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas