Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkesan, Dapatkan Bantuan Pek Makanan Secara Digital Di Laman Web Ini

Foodbankdigital

Trending

Ramai Terkesan, Dapatkan Bantuan Pek Makanan Secara Digital Di Laman Web Ini

Sudah semestinya ketika pandemik, ramai golongan masyarakat yang terkesan sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Lebih teruk, ada segelintir masyarakat yang terpaksa mengikat perut oleh kerana ingin berjimat-cermat dalam pembelanjaan harian.

Kalau sebelum ini muncul sebuah laman web iaitu Kitajaga.co untuk memberitahu lokasi orang awam yang memerlukan bantuan dan ingin memberikan bantuan, kini penyedia perkhidmatan Infrastruktur clound, Exabytes telah mewujudkan FoodBank.Digital dalam usaha membantu golongan yang memerlukan khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foodbankdigital homebanner 1200x628px

Melalui kaedah ini, kesemua permohonan bantuan akan dibuat secara digital dan akan dihantar kepada individu yang memerlukan menerusi perkhidmatan penghantaran yang ditaja oleh Pgeon dan EasyParcel.

IKLAN

Orang ramai yang ingin memohon bantuan tersebut hanya perlu pergi ke laman web www.foodbank.digital dan klik Apply. Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat peribadi bagi melengkapkan borang permohonan.

Selain itu, Foodbank.digital bukan sahaja menawar bantuan, malah mereka juga membuka ruangan bagi sesiapa yang ingin memberikan bantuan menerusi ruangan Donate.

Menerusi laman sesawang itu, orang ramai yang memohon bantuan bakal menerima pek makanan berjumlah RM60 yang mampu bertahan selama satu minggu. Antara barang yang akan diberikan termasuklah:

1. Beras 5kg x 1 Bungkus

2. Milo 1kg x 1 Bungkus

3. Nestum Oats x 1 Bungkus

4. Mi Segera x 4 Bungkus

5. Biskut x 1 Bungkus

6. 3 Ply Mask x 1 Kotak

Foodbankdigital all items 1536x864 1

Berdasarkan tinjauan pada laman sesawang itu, setakat ini seramai 44,809 orang telah memohon pek makanan tersebut serta seramai 12,898 daripadanya telah menerima bantuan.

Kredit: Kosmo! I FoodBank.Digital

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas