Connect with us

Oh! Media

“Ustaz Memang Layak” – Ebit Lew Dianugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’, Netizen Tumpang Gembira

Ebit Lew Anugerah

Trending

“Ustaz Memang Layak” – Ebit Lew Dianugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’, Netizen Tumpang Gembira

Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew yang telah banyak memberi jasa kepada orang ramai. Tanpa mengira agama dan bangsa, Ebit Lew sanggup turun padang menyelami sendiri kesusahan rakyat.

Terbaru, pendakwah ini menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa sebak selepas menerima anugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’ daripada Kementerian di sana. Dengan rendah diri, Ebit Lew berkata dia hanya membuat sedikit usaha jika dibandingkan dengan yang lain.

208457397 4383992228297655 1231629024446234795 n

Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia. Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar.

Berkongsi dengan lebih lanjut, beliau sangat terharu apabila menerima layanan baik daripada kementerian di sana. Mereka berbincang dengan lebih terperinci mengenai program-program di Palestin pada masa akan datang.

IKLAN
205587952 4383992211630990 3361217337976134338 n

Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang. Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek – cultural Exhibition of heroism and Sacrifice. Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.

Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan. Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Bersama hantaran tersebut, Ustaz Ebit Lew berterima kasih kepada kerajaan, kementerian serta rakyat Palestin yang menyambut baik kedatangan pasukannya ke sana.

200947822 4383992214964323 341418530322512290 n

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak mendoakan kejayaan misi tersebut.

Ebit4a
Ebit3a
Ebit2a
Ebit1a

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas