Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sanggup Rentas Daerah Demi Jumpa Kekasih Sebelum Ditangkap Khalwat

Trending

Lelaki Sanggup Rentas Daerah Demi Jumpa Kekasih Sebelum Ditangkap Khalwat

Demi bertemu dengan sang kekasih, seorang lelaki sanggup merentas daerah dari Seberang Perai Tengah ke Seberang Perai Utara sebelum kedua-duanya ditahan polis kerana dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium, malam tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kegiatan itu ketika mengadakan operasi pematuhan SOP.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor pasangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) untuk siasatan lanjut.

IKLAN

Berikutan kesalahan merentas daerah, kompaun RM 5,000 telah dikeluarkan daripada pihak polis ke atas lelaki berkenaan dan pasangan tersebut ditahan untuk siasatan JAINPP.

Dalam operasi tersebut juga, polis mendapati masih ramai lagi yang ingkar untuk patuh terhadap SOP dimana berkumpul tanpa penjarakan fizikal dengan melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas