Connect with us

Oh! Media

“Ini Fitnah Besar” – Issey Nafi Terlibat Promosi Judi Online, Dakwa Ada Pihak Curi Videonya

Issey

Oh! Artis

“Ini Fitnah Besar” – Issey Nafi Terlibat Promosi Judi Online, Dakwa Ada Pihak Curi Videonya

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah video mempromosi syarikat judi dalam talian sambil memperlihatkan pelakon dan pelawak tanah air, Issey sebagai ‘pelakon’ dalam video berkenaan.

Walaubagaimanapun, perkara itu dinafikan sendiri oleh issey dan mendakwa identiti dan videonya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mempromosikan judi dalam talian.

Melalui hantarannya di laman Instagram, Issey meluahkan perasaan kecewanya dia situ selepas mengetahui videonya disalahgunakan selepas salah satu kenalannya mengirim satu video promosi judi dalam talian menerusi iklan Instagram dan TikTok.

IKLAN
Screenshot 125
Tangkap Layar hantaran yang dibuat Issey di laman Instagram miliknya menjelaskan ada pihak tertentu telah mencuri videonya

Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, mengakui terkejut kerana aksi yang terdapat dalam video itu merupakan video ketika dia bertugas dalam konti radio sebelum diedit dan dijadikan model kononnya dia sedang leka bermain judi online.

Lucunya video berkenaan dicuri daripada Tiktok Fizi Ali yang dimuat naik di dalam akaun peribadinya tahun lalu.

Perkara ini serius sebab fitnah yang boleh membuatkan orang menyangka saya sanggup melakukan apa saja demi wang selain boleh mencalarkan imej stesen radio tempat saya bertugas.

Saya harap tidak ada yang terpedaya dengan promosi judi online itu atau menyangka yang bukan-bukan. Ia perlu dihentikan kerana melampau,” katanya kepada Kosmo!

Penyampai radio Suria FM itu juga memaklumkan akan membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar kejadian sama tidak berulang.

Issey mengakui perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja oleh kerana pihak terbabit mengambil video orang lain secara rawak dan berani membuat sedemikian oleh kerana mereka sukar untuk dijejaki.

Kredit: Kosmo!, Isseyfazlisham

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas