Connect with us

Oh! Media

Lama Menyepi, Trio Kopratasa Kembali Rakam Semula Lagu ‘Selamat Hari Raya 1936’

Lagend Kembali

Oh! Artis

Lama Menyepi, Trio Kopratasa Kembali Rakam Semula Lagu ‘Selamat Hari Raya 1936’

Sekian lama menyepi dan membuat haluan masing-masing, Trio dari kumpulan Kopratasa yang cukup popular dengan lagu Masihkah Kau ingat pada era 1980-an akhirnya kembali dengan melancarkan album baharu iaitu dengan menghidupkan kembali lagu Selamat Hari Raya.

Memetik laporan Berita Harian, kumpulan Kopratasa itu, yang dianggotai oleh Usop, Siso dan Sani Sudin sepakat mengakui sudah menjadi tanggungjawab mereka ‘menghidupkan’ kembali lagu itu.

Kami fikir menjadi sesuatu yang merugikan jika lagu ini dibiarkan lenyap ditelan zaman dan merakamkan lagu ini menjadi salah-satu aktiviti untuk melestarikan khazanah lama untuk tatapan generasi baharu.

Mereka mengakui bersyukur kerana kehendak mereka untuk memberikan nafas baharu kepada lagu tersebut disokong oleh syarikat rakaman milik Datuk M Nasir iaitu Luncai Emas Sdn Bhd.

IKLAN
A 4518103 1449706784 4571jpeg
Trio Kopratasa dianggotai oleh Usop Sani dan Siso

Trio tersebut juga telah memberi kepercayaan kepada ahli kumpulan Spider, Hanafi untuk menggubah susunan muzik selain turut menerbitkan lagu berkenaan.

Walaubagaimana, Usop yang mewakili trio tersebut berkata akan mengekalkan cara penyampaian untuk lagu tersebut.

Daripada segi penyampaian, kami masih mengekalkan gaya dan nyanyian kami.

Tambahnya lagi, Kopratasa juga turut membuat sedikit penambahan melodi dan korus lagu terbabit dan menjelaskan tambahan melodi tersebut hanya menambahkan kemeriahan lagu tersebut dan bukanlah untuk merosakkan dendangan berkenaan.

Jangan risau, perubahan dibuat tidak mengganggu nilai asal lagu berkenaan. Melodi asal tetap dijaga sama seperti seni.

Rakaman single Selamat Hari Raya dilakukan di Studio Ronggeng, Luncai Emas dengan pemuzik undangan seperti Tony Iskandar yang bermain gitar bes, Mohar (seruling) dan Hanafi Spider.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas