Connect with us

Oh! Media

Zain Saidin Masuk Hospital

5817f51a 64a1 4b83 b9b3 3264232c6688jpeg

Oh! Artis

Zain Saidin Masuk Hospital

Pelakon Oh My English!, Zain Saidin berusia 36 tahun dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana jangkitan pundi kencing dan kini dia memaklumkan bahawa dirinya sudah stabil.

Menurut laporan Berita Harian, suami kepada Rozita Che Wan itu mengalami sakit di bahagian pinggang ke belakang badannya sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Jadi, dia mengambil keputusan pada hari Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad.

Saya mula sakit pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP. Namun, sangkaan saya meleset. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad. Takut dibiar lama nanti timbul komplikasi lain pula. Saya stabil setakat ini… Alhamdulillah. Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya tinggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pelik. Dahulu, firasat saya, sakit akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau sakit kita sakit, ia normal. Tetapi, apabila sudah jatuh sakit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak sakit, ia akan datang. Jika kita sakit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Betul cakap Zain. Walau macam mana pun kita aktif bersenam, sakit akan datang juga kalau Allah nak bagi tau. Apapun, semoga cepat sembuh, Zain Saidin!

IKLAN

OHMEDIA: GET WELL SOON!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca beri kata-kata semangat di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas