Connect with us

Oh! Media

Dua Sahabat Maut Disambar Petir

Maut Dipanah Petir

Trending

Dua Sahabat Maut Disambar Petir

Dua individu lelaki maut dipercayai dipanah petir selepas berteduh berhampiran dengan sebatang pokok di kolam memancing Kampung Cempaka, Lanchang di Temerloh, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27. Kedua-duanya berasal dari Lanchang.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata, kedua mangsa dipahamkan pergi memancing di kolam itu bersama tiga lagi rakannya pada 12.30 tengah hari dan dipercayai hujan lebat bersama petir muncul pada pukul 3.30 petang.

IKLAN

Kedua mangsa berteduh di tepi pokok manakala seorang lagi terus bergerak pulang.

Dua rakan mangsa yang berada di situ mendakwa mereka sedang bergerak hendak mengambil joran sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah selepas disambar petir.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke klinik kesihatan Lanchang. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk dibedah siasatan dan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas