Connect with us

Oh! Media

Wanita Maut Jatuh Tingkat 18 Ditolak Suami Sendiri

Ohmedia wanita jatuh tingkat18

Trending

Wanita Maut Jatuh Tingkat 18 Ditolak Suami Sendiri

Sebelum ini berita ada melaporkan seorang wanita berusia telah terjatuh dari tingkat 18 sebuah Kondomium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus Ayer Itam.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati wanita terbabit telah ditolak jatuh suaminya yang merupakan seorang tukang masak. Suspek dipercayai menolak mangsa dari tingkap ruang tamu rumah dan jatuh ke bawah.

Mereka sudah lebih setahun berkahwin dan belum dikurniakan anak, malah suspek mengaku menolak mangsa selepas pertengkaran itu.

Suspek ditahan dan polis turut merampas botol yang mengandungi ketulan kristal dan plastik lut sinar mengandungi daun kering dipercayai dadah selain dua telefon bimbit. – Kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Suspek juga mengaku berlaku pertengkaran dan mendakwa isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sebelum menolak mangsa jatuh ke bawah.

IKLAN

Suspek ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas