Oh! Artis
‘Sedih Hati Ingatkan..’ – Chef Wan Kesal Dituduh Buka Aib Anak Nikah Di Siam
Cef selebriti terkenal negara, Datuk Cef Wan menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuan setelah dimaklum kakaknya. Menurut Chef Wan lagi, tindakan yang diambil Serina yang seolah-olah mengenepikan perasaannya sebagai bapa adalah mengecewakan.
Ekoran perkongsian tersebut, pelbagai respon yang diterima daripada pengikut media sosialnya. Ada yang tumpang simpati dan ada juga yang ‘menyerang’ Chef Wan kononnya telah membuka aib anak. Malah, Chef Wan turut disalahkan dan dituduh tidak memberi restu anak mahu kahwin lagi.
View this post on Instagram
Menjelaskan perkara tersebut, Chef Wan berkata dia tidak pernah menentang, sebaliknya hanya mahu menyiasat latar belakang bakal menantu sebelum berkahwin. Dengan rasa kesal, cef selebriti ini turut mempersoalkan tindakan bakal menantu dan anak yang sanggup ke Siam untuk menikah.
View this post on Instagram
Tambah Chef Wan lagi, setelah Serina membuat pengumuman mengenai pernikahannya di Instagram, dia menerima terlalu banyak mesej dari pengikut media sosial dan ahli keluarga. Malah, media turut menghubunginya untuk mendapatkan respon.
Kata Chef Wan, sebagai bapa, semestinya dia berasa sedih apabila dibelakangkan anak sendiri.
Kredit: Chef Wan
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM