Connect with us

Oh! Media

Johor Benar Solat Terawih, Aktiviti Imarah Masjid & Surau

gambar hiasan solat terawih

Oh! Islam

Johor Benar Solat Terawih, Aktiviti Imarah Masjid & Surau

Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membenarkan pelaksanaan solat terawih serta pengimarahan masjid dan surau sepanjang Ramadan.

Menurut Harian Metro, kebenaran diberikan bermula 13 April sehingga ada ketetapan lain yang ditentukan MAINJ. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata keutamaan solat terawih adalah kepada jemaah lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas dengan bilangan 20 rakaat diikuti solat sunar witir tiga rakaat.

whatsapp image 2020 11 10 at 34310 pm
Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, imam bertugas hendaklah membaca surah lazim sahaja selepas al-Fatihah, dan jemaah hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

IKLAN

Sepanjang tempoh PKPB, program tadarus al-Quran dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam selepas selesai solat witir atau waktu yang diprogramkan oleh pihak masjid mahupun surau.

Majlis khatam al-Quran dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam tiga puluh minit, selain program kuliah dan ceramah dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam.

Walau bagaimanapun, kuliah sebelum dan selepas terawih tidak dibenarkan. Majlis berbuka puasa, sahur dan moreh dalam masjid dan surau dibenarkan di kawasan khusus sahaja. Juadah hendaklah dibungkus dan tidak dibenarkan layan diri atau bufet.

adab makan
Sekadar gambar hiasan

Bagi majlis tertentu seperti jamuan berhidang pula, hanya 50 jemaah dibenarkan di ruang yang ditetapkan sahaja.

Kegiatan masak-memasak dalam kawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan, namun program agihan bubur lambuk dalam kawasan masjid serta surau dibenarkan.

Selain itu, jemaah turut dibenarkan qiamulail di masjid atau surau untuk tempoh dua jam sebelum masuk subuh. Jemaah dilarang tidur bermalam di dalam premis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas