Connect with us

Oh! Media

Suami Tergamak Bawa Bekas Isteri Menagih Bersama Isteri

0fcaf84e 0bd8 4116 baf3 8f24233f9a85

Trending

Suami Tergamak Bawa Bekas Isteri Menagih Bersama Isteri

Siapa sangka, Operasi Perdana Siri 1/2021 yang dijalankan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor pada 29 Mac lepas telah berjaya menahan seramai 181 penagih dadah dalam masa tiga hari sahaja.

Lebih mengejutkan apabila AADK dikatakan telah berjaya menahan sepasang suami isteri termasuklah bekas isteri lelaki itu dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah.

Ketiga-tiga mereka yang dipercayai berusia 57 tahun dan 27 tahun itu dikatakan telah ditahan dalam sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat sarang penagihan di Klang.

IKLAN

Difahamkan lelaki itu masih lagi mengulangi tabiatnya walaupun sudah dua kali dimasukkan ke pusat pemulihan dadah sebelum ini, malah dengan tergamaknya dia juga turut membawa isteri dan bekas isterinya untuk menagih bersama-sama.

Pengarah AADK Selangor Dr Nazira Sadiron berkata, lelaki itu mendakwa sudah mengenali isterinya kini sejak 10 tahun lalu ketika wanita itu masih lagi bersekolah.

Selepas keluar dari pusat pemulihan, dia mengajar pula isterinya yang baru dikahwini itu menagih dadah.

Ketika ditahan, ketiga-tiga mereka berada di dalam rumah yang dijadikan sarang penagihan dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas