Connect with us

Oh! Media

Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Remaja

4711fe6a a7a9 42a9 8c4e f3447325737e

Trending

Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Remaja

Hampir semua perniagaan tidak boleh beroperasi dan terkesan dengan Pandemik yang melanda dunia. Baru-baru ini, sebuah hotel yang tidak beroperasi dijadikan tempat pelacuran khas buat remaja di bawah umur.

Kejadian itu dapat dikesan selepas anggota polis melakukan serbuan sebuah hotel yang dimiliki oleh seorang artis, Cynthiara Alona di Tangerang Kota, Banten sekitar 16 Mac lalu.

Kira-kira 30 buah bilik hotel dipenuhi 15 mangsa eksploitasi seksual bawah umur. Jurucakap polis Metro Jaya Yusri Yunus berkata, polis telah menahan dua lelaki dan seorang artis wanita.

IKLAN

Tambahnya, Cynthiara merupakan pemilik hotel manakala dua lelaki berperanan untuk mencari pelacur dan menguruskan hotel tersebut. Modus operandi mereka terbongkar apabila menawarkan kanak-kanak di bawah umur di media sosial.

Dia menjadikan hotel itu sarang pelacuran berikutan tiada pendapatan selepas pandemik. Ejen dan bapa ayam cuba memikat mangsa dengan mengajak mereka bercinta.

Mangsa kemudian dijual dengan harga 400,000 rupiah hingga satu juta rupiah (RM114 hingga RM286) dan kejadian itu berlaku selama tiga bulan.

Kemudian mereka akan menawarkan mangsa bawah umur dalam media sosial Michat khusus untuk lelaki hidung belang.

Difahamkan, menurut Datuk Bandar Tangerang Arief R Wismansyah, hotel itu mendapat permit operasi daripada pihak berkuasa.

Kita cuma berikan permit hotel secara kontrak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas