Oh! Artis
Foto Perkahwinan Tular, Elizabeth Tan Sudah Selamat Bergelar Isteri?
Tular pagi ini di media sosial apabila sebuah foto memaparkan penyanyi Elizabeth Tan dan seorang jejaka sedang berada di altar untuk upacara perkahwinan.

Foto tersebut dilaporkan telah dimuat naik sendiri oleh bapa kepada penyanyi lagu Knock Knock itu menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya.

Meninjau ruangan komen Facebook David, ramai kenalan dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.
View this post on Instagram
Manakala di Instagram milik Elizabeth Tan, masih tiada perkembangan terkini mengenai perkahwinannya itu dimuat naik untuk perkongsian bersama peminat.
Apa-apapun, jika benar berita ini, kami ingin mengucapkan tahniah buat Elizabeth Tan dan suami!
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM