Connect with us

Oh! Media

Calon SPM Disaman Ketika Sedang Berpesta Atas Jalan

98a26993 bf80 458b 80ed 4c33d19205f6

Trending

Calon SPM Disaman Ketika Sedang Berpesta Atas Jalan

Pertama sekali, team Oh! Media ingin ucapkan ‘All The Best’ dan ‘Goodluck’ kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!

Tapi korang kena ingat, tamat je SPM tak beerti tamat semuanya sebab Ini baru permulaan, panjang lagi perjalanan yang perlu korang tempuh.

Terbaru, seramai 63 calon pelajar SPM semalam telah disaman kerana dikatakan telah bertindak dari luar kawalan dengan berpesta di atas jalan raya untuk meraikan hari terakhir peperiksaan mereka.

IKLAN
762a173b 955f 469e ad9e 1a81a1f89221

Dalam kejadian jam 3 petang itu, kesemua calon SPM yang berusia 18 tahun itu telah disaman dalam Op Khas (Pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM) selepas mereka ini didapati ‘berpesta’ di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang dan sebanyak 92 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257.

Daripada kesemua jumlah itu, 21 kes didapati tidak mempamerkan lesen P dan L, 17 kes membabitkan aksesori tidak sempurna dan ubahsuai ekzos enam kes.

Polis turut sita 14 buah motosikal pelbagai jenis.

Kejadian ini pernah berlaku dulu pada 2019 jadi kami memang bersedia melakukan pemantauan di lokasi sasaran sebelum mengesan kumpulan pelajar terbabit. 

Lima saman juga telah dikeluarkan masing-masing untuk kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar dan tiada nombor pendaftaran.

Tiga lagi saman dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak mengikut pendaftaran, tiada perlindungan insurans, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Dalam operasi itu, tiga saman juga turut dikeluarkan kepada penunggang motosikal berusia 16 tahun ke bawah dan enam saman kepada penunggang 17 tahun ke bawah selain satu atas kesalahan membenarkan penunggang tanpa lesen.

Kredit: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas