Connect with us

Oh! Media

Hasrat Mahu Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Apabila Lelaki Disahkan Maut Dalam Kemalangan

A808d9d8 cb38 473c 822b 11990d39d42f

Trending

Hasrat Mahu Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Apabila Lelaki Disahkan Maut Dalam Kemalangan

Hasrat seorang suami yang ingin bertemu isterinya tidak kesampaian apabila dia dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Kilometer 30.2 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.50 petang itu dikatakan telah meragut nyawa seorang anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, yang dikenali sebagai Koperal Mohamad Azizi Daud, 37.

Jurucakap polis memberitahu, motosikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama.

IKLAN

Semasa kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk bertemu isterinya di Jerantut, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Selayang.

Mayat akan dibedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh. – Katanya.

Katanya lagi, pihak polis juga sudah pun mengenal pasti pemandu lori yang melanggar mangsa dan akan diambil keterangan berhubung kejadian.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian yang satu ini.

Kredit: Harian Metro

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas