Oh! Negara
Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12,000 Unit Dibina & Daftar Mulai 23 Feb
Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam kemaskini di Twitter menyatakan sebanyak 12,000 unit kediaman Residen Prihatin bakal dibina khas untuk anak muda.
Inisiatif kerajaan ini dilihat bagi memastikan golongan muda mampu memiliki rumah sendiri. Jadi berapa pula harga rumah mampu milik ini?
Menurut Annuar, rumah ini dijangkakan pada harga RM200,000 dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Rumah tiga bilik, dua bilik air dengan harga di bawah harga pasaran, didedikasikan kepada pasangan muda memiliki rumah dia pada usia muda. Pendaftaran bermula pada 23 Februari. – Tulisnya.
Diharapkan agar usaha yang dilakukan ini benar-benar dapat membantu golongan muda.
Pada 22hb ini saya akan melancarkan pembinaan 12,000 unit RESIDENSI PRIHATIN,yaitu skim baru rumah mampu milik yg berharga RM200,000.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 6, 2021
Rumah 3 bilek,2 bilek air dgn harga di bawah harga pasaran di dedikasi kpd pasangan muda miliki rumah di usia muda.Pendaftaran mula 23 feb.
Kredit: Annuar Musa
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM