Connect with us

Oh! Media

“PKP Ke Tak Ni Oii?”, Netizen Bengang Individu Sibuk Cari Kesalahan Orang lain Tapi…

060b3e96 2c5c 4418 96a8 e38404484ca6

Trending

“PKP Ke Tak Ni Oii?”, Netizen Bengang Individu Sibuk Cari Kesalahan Orang lain Tapi…

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan sikap serorang individu ini yang sibuk mencari kesalahan orang lain, tapi tak sedar jika sebenarnya dia pun buat kesalahan yang sama.

Baru-baru ni telah tular satu paparan ‘screenshoot’ status Whatsapps di laman sosial apabila seorang individu dikatakan telah memuat naik gambar pelanggan yang sedang beratur di sebuah gedung perabot terkenal.

Di kapsyen individu itu, dia kononnya mempersoalkan situasi keberadaan orang ramai di situ yang kelihatan seperti bukan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN

PKP ke tak ni oii?. – Soalnya sambil meletakkan satu emoji ketawa.

Paparan skrin status WhatsApp itu kemudiannya ditularkan ke Twitter oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @fazrulazreen sehingga mendapat lebih 7,000 ‘retweet’.

Pergi ik*a, up gambar tayang makhluk ramai ya ampun, lepas tu persoalkan PKP ke tak ni oii?

Eh buntal, kau tak kira makhluk ke menyemak kat ik*a tu?. – Soal @fazrulazreen di akaun Twitternya.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan individu itu yang menganggap bahawa dia juga tiada bezanya dengan pelanggan lain yang berkunjung ke sana.

Malah kata netizen, melihat kepada situasi itu, jadi tak hairanlah jika kes Covid-19 di negara ini semakin meningkat setiap hari.

Agak pelik sekali. Orang yang ambil gambar ni mengadu ramai kat ik*a walaupun PKP. Tapi apa yang dia sendiri buat kat sana waktu PKP?

Agaknya dia seorang je ada urusan penting dekat ik*a. Orang lain yang ramai-ramai tu pergi tanpa sebab.

Salahkan ik*a kenapa? Salahkan diri sendiri yang gigih pergi sana jalan-jalan. Sedangkan dah cakap stay at home.

Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu. – Tulis netizen di Twitter.

Sebelum nak mengata orang lain tu ‘make sure’ kita tengok dulu sekeliling, kalau diri kita sendiri pun 2×5, adalah lebih baiknya kita diam saja.

Kredit: @fazrulazreen

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas