Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Tuanku Tak Suka YB Muar?”, Ini Jawapan Pedas TMJ

Tmj  Syed Saddiq

Oh! Negara

“Kenapa Tuanku Tak Suka YB Muar?”, Ini Jawapan Pedas TMJ

Korang ingat lagi tak YB Syed Saddiq ada buat #BotakChallenge untuk kumpul dana dan beli laptop bagi mahasiswa di Muar? Time tu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim ada upload IgStory yang seakan-akan perli tindakan Ahli Parlimen Muar tersebut.

BACA : “Sebagai Manusia Biasa, Patik Tak Terlepas Dari Membuat Kesilapan” – Syed Saddiq

Terbaru, ada pula netizen yang bertanyakan soalan pada baginda TMJ melalui ruangan soal jawab yang disediakan di platform IgStorynya. Netizen punya soalan pun boleh tahan panas jugak. Soalnya, kenapa TMJ benci kepada YB Muar yang merujuk kepada Syed Saddiq.

IKLAN

Tidak berselindung, TMJ jawab soalan tersebut straight to the point tanpa ada sebarang kias. Kata baginda, Syed Saddiq merupakan seorang yang fake dan suka berpura-pura di social media.

48 1

Bukan itu je, TMJ juga dakwa yang Syed Saddiq tidak mempunyai pendirian yang tetap. Sebagai seorang lelaki, patutnya Syed Saddiq perlu ada prinsip sendiri yang kuat dan bukannya bersikap macam lalang ditiup angin. Bahkan, Syed Saddiq juga bahaya kalau disalahgunakan oleh individu lain yang ada niat jahat atau kepentingan peribadi.

49 1

Hm agak-agak sampai bila ya perang dingin antara TMJ dan Syed Saddiq akan berakhir? Bukan apa, kedua-duanya ada potensi dan disanjungi rakyat. Jadi, cuba bayangkan manfaat yang dapat mereka berikan kepada seluruh rakyat terutamanya negeri Johor sekiranya mereka bergabung tenaga. Sekadar pandangan, apapun harapnya sebarang salah faham dapatlah diselesaikan dengan baik.

Kredit: Instagram Tengku Mahkota Johor

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas