Connect with us

Oh! Media

Kerana ‘Harta’ Anak Tergamak Saman Bapa, Namun Meninggal Dunia Sehari Sebelum Bicara

Saman Bapa 1

Trending

Kerana ‘Harta’ Anak Tergamak Saman Bapa, Namun Meninggal Dunia Sehari Sebelum Bicara

Di Bandung Indonesia, seorang wanita sanggup mengemukakan saman terhadap bapa kandung sendiri berhubung harta pusaka yang dimilikinya.

Masitoh, anak ketiga daripada enam beradik itu menfailkan saman sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000). Dia yang merupakan seorang peguam turut ditemani abangnya, Deden.

Kompas saman bapa

Peguam yang mewakili Masitoh, Komar Sarbini berkata, anak kelima iaitu Hamidah dan bapa, Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.

IKLAN

Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan oleh mahkamah.

Menurutnya lagi, saman tersebut melibatkan harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara. Namun, Masitoh dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum perbicaraan berlangsung. Sumber berkata, kematian Masitoh berpunca daripada sakit jantung.

Apa yang menyedihkan, si bapa hanya mengetahui mengenai kematian si anak selepas mahkamah berhenti bersidang pada hari tersebut. Sambil dipimpin anak kelimanya iaitu Hamidah, si bapa tetap menziarahi pusara anak.

Sumber: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas