Connect with us

Oh! Media

Rakyat Luah Rasa Kesal Dengan SOP Kerajaan, Rayu Agar Operasi Kedai Makan Dilanjutkan

Lanjut Operasi Kedai Makan

Trending

Rakyat Luah Rasa Kesal Dengan SOP Kerajaan, Rayu Agar Operasi Kedai Makan Dilanjutkan

Pejam celik pejam celik, dah seminggu rupanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijalankan di negara kita. Sepanjang tempoh ini juga, pelbagai jenis ketidakpuasan hati yang dah pun disuarakan oleh rakyat, lebih-lebih lagi dengan SOP yang kerajaan sudah tetapkan.

Antara yang paling hangat diperkatakan adalah isu waktu operasi kedai makan. Seperti yang kita tahu, kerajaan dah maklumkan yang kedai makan di kawasan PKP hanya dibenarkan beroperasi sampai pukul 8 malam sahaja. Tapi ramai yang tak puas hati dengan SOP tersebut. Kalau diorang baru selesai kerja pukul 8, habis mana nak cari makanan?

Photo 2021 01 18 23 49 38
Photo 2021 01 18 23 49 28
Photo 2021 01 18 23 49 33
Photo 2021 01 18 23 49 22

Betul, memang boleh order GrabFood atau Foodpanda, tapi nanti ada pula masalah lain yang timbul. Bila dah semua orang order secara online, apps diorang boleh jadi hang sebab terlalu banyak order masuk. Itu yang sampai ada kes rider Foodpanda beratur panjang tunggu makanan siap, sebab terlampau banyak order! Silap-silap ada yang sampai kena cancel order.

IKLAN
Photo 2021 01 18 23 49 41
Photo 2021 01 18 23 49 08
Photo 2021 01 18 23 49 25

Rider dah tunggu beratur panjang nak tunggu order. Tambah pula dengan orang yang datang sendiri nak drive through, uish memang sesaklah jalan cerita dia. Itu belum lagi masuk isu peniaga kecil yang kurang pendapatan sebab perlu tutup awal. Kalau tak ikut arahan, nanti kena saman pulak. Lagi banyak duit yang melayang nanti.

Photo 2021 01 18 23 49 17
Photo 2021 01 18 23 49 30
Photo 2021 01 18 23 49 35

Punyalah rakyat bengang sebab lapar sampaikan trending hashtag #SiBodohDengarSini semalam dekat Twitter. Yelah, ada juga yang bangkang, kenapa perlu persoalkan SOP dari kerajaan. Belilah makanan siap-siap sehari sebelum, then esoknya pergilah reheat sendiri. Tapi, kita kena fikir juga memang ada orang yang betul-betul busy dan tak sempat untuk sediakan makanan sendiri.

Photo 2021 01 18 23 49 13
Photo 2021 01 18 23 49 19

Bukan rakyat je yang suarakan isu ini, ada juga ahli parlimen pembangkang dan persatuan pengusaha kedai makan yang turut suarakan hal ini. Yelah, kalau kerajaan lanjutkan sampai pukul 10 malam, at least dapatlah juga bantu peniaga untuk jana pendapatan lebih sikit. Rakyat pun tak serabut sebab rushing nak beli makanan.

Photo 2021 01 18 23 49 10

Ohmedia faham, kerajaan ketatkan SOP sebab nak pastikan supaya rakyat boleh kurangkan pergerakan keluar rumah. Tapi kalau dah sampai membebankan, mungkin kerajaan boleh consider untuk beri kelonggaran sikit. Kalau SOP ketat, tapi orang atasan tak ikut, tak guna jugak. Kami pun tak rasa PKP akan tamat minggu depan. Jadi harapnya bolehlah dipertimbangkan selepas dengar rintihan kami ini. Yang ikhlas, rakyat marhaen.

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas