Connect with us

Oh! Media

Serpihan Pesawat Dijumpai Nelayan, Sriwijaya Air Disyaki Terhempas?

sriwijaya

Trending

Serpihan Pesawat Dijumpai Nelayan, Sriwijaya Air Disyaki Terhempas?

Gempar dengan berita sebuah pesawat komersial Indonesia yang dilaporkan hilang dalam radar ketika penerbangan. Pesawat Sriwijaya Air SJY-182 itu melakukan penerbangan dari Jakarta menuju ke Pontianak.

Pesawat tersebut bagaimanapun telah terputus hubungan ketika melintas ruang udara di daerah kepulauan Seribu, Jakarta. Menurut laporan, pesawat itu hilang dari ketinggian 10 ribu kaki dalam masa satu minit. Pesawat tersebut juga dikatakan membawa seramai 56 penumpang dan 6 anak kapal. Sebanyak 46 orang dewasa, 7 kanak-kanak dan 3 orang bayi.

Meskipun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, namun ada penduduk tempatan Indonesia yang mendakwa ternampak sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. Bahkan, ada juga beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat yang telah dijumpai oleh nelayan.

IKLAN
fb img 1610192999631
fb img 1610192996311
fb img 1610192994215

Ohmedia juga masih menantikan maklumat lanjut dan penjelasan dari pihak media Indonesia. Apapun, kita sama-sama doakan agar semua urusan dipermudah.

Kredit: Harian Metro, Detik.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas