Connect with us

Oh! Media

Lima Daerah Di Sabah Dilanda Banjir

ohmedia sabahjpg

Umum

Lima Daerah Di Sabah Dilanda Banjir

Menurut laporan Bernama, lima daerah di Sabah telah dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. Antaranya ialah Kota Belud, Penampang, Kota Marudu, Tuaran dan Keningau.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah mengatakan bahawa terdapat tiga pusat pemindahan sementara seperti dua di Kota Belud yang menempatkan 31 mangsa daripada 16 keluarga dan satu di Penampang pula menempatkan 18 orang daripada 5 keluarga. Bencana itu juga menjejaskan 41 buah kampung gais.

Sebanyak 19 Kampung terjejas di Kota Belud iaitu Kampung (Kg) Siasai Tamu, Kg Kota Belud, Kg Bobot, Kg Ejuk, Kg Menunggui, Kg Lebak Engad, Kg Serimbai, Kg Lingkodon, Kg Dongoi, Kg Marajah, Kg Lebak Moyoh, Kg Sadok-Sadok, Kg Gunding, Kg Linau, Kg Karang Benai, Kg Taun Gusi, Kg Tanjung Pasir, Kg Labuan dan Kg Tanjung Wakap.

Beberapa kampung di Keningau, Kora Marudu, Tuaran dan Penampang juga dinaiki air tetapi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini. Jadi, pemantauan sedang dibuat di daerah tersebut dan segala maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.

IKLAN

Pemantauan sedang dibuat di kawasan-kawasan panas di daerah-daerah berkenaan dan segala maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa. -kata agensi tersebut.

Sedihnya bila tengok penduduk terpaksa menghadapi musibah macam ni. Apapun, Ohmedia doakan agar segala urusan dipermudahkan.




OHMEDIA: SEKARANG MUSIM HUJAN GAIS!

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas