Connect with us

Oh! Media

Lelaki Terkejut Lihat Gambar Anak ‘Viral’ Di Facebook

4f458044 c9a6 49bb b5d6 ecbe4fed7bc0

Trending

Lelaki Terkejut Lihat Gambar Anak ‘Viral’ Di Facebook

Seorang kanak-kanak lelaki yang baru berumur empat tahun telah dilaporkan hilang semalam di Kota Samarahan. Namun yang lebih mengejutkan apabila ayahnya sendiri tidak sedar akan kehilangan anaknya itu dan hanya mendapat tahu tentang berita itu selepas dia melihat gambar anaknya ‘viral’ di Facebook (FB).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pagi semalam dan kanak-kanak lelaki itu dikatakan ditemui oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) semasa dia sedang merayau seorang diri di Taman Stigang.

Selepas berjumpa dengan kanak-kanak itu, anggota MPV kemudiannya telah membawa dia ke Balai Polis Kota Samarahan pada 10 pagi sebelum mereka menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak itu pada 10.10 pagi.

IKLAN

Lelaki itu mengakui gambar kanak-kanak yang tular di FB adalah anaknya.

Lelaki itu memberitahu yang dia sedang membaiki rumah di tingkat atas, dan anaknya puka dikatakan sedang menonton televisyen di tingkat bawah pada waktu kejadian.

Apabila dia turun kebawah, anaknya itu sudah tidak lagi kelihatan dan dia menganggap anaknya itu sudah pergi bersama isterinya untuk membersihkan rumah di tempat lain. – Kata Deputi Suprintendan Sudirman Kram.

Selepas melihat gambar anaknya ‘viral’ di FB, lelaki itu dikatakan terus ke Balai Polis Kota Samarahan untuk mengambil anaknya dan pegawai bertugas juga turut memberi amaran kepada lelaki itu.

Menurut Sudirman, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas anaknya itu disebabkan oleh kelalaiannya, dia dan isteri boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Semoga kisah lelaki ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran buat ibu bapa diluar sana. Selain daripada memantau aktiviti anak-anak, ibu bapa kenalah sentiasa peka dengan keberadaan anak masing-masing. Zaman sekarang orang dewasa pun dah tak selamat, apatah lagi kanak-kanak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas