Connect with us

Oh! Media

Ini Pengumuman Agihan Pendapatan ASB 2020 Yang Kita Nantikan

Asb

Trending

Ini Pengumuman Agihan Pendapatan ASB 2020 Yang Kita Nantikan

Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu setiap kali tiba akhir tahun tentulah pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Bagi tahun 2020, agihan pendapatan adalah sebanyak 4.25 sen seunit dan bayaran ihsan sebanyak 0.75 sen untuk dana utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember. Ia baru sahaja diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr Zeti Aziz menerusi sidang media secara maya sebentar tadi.

Photo6276115614225509386

Agihan pendapatan ini telah membabitkan peruntukan sebanyak RM7.6 billion kepada 10.2 juta pemegang unit amanah tersebut. Kalau ikutkan, pulangan kali ini juga menjadi yang terendah dalam sejarah, mengatasi rekod pulangan tahun lepas dengan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

IKLAN
Photo6276115614225509387

Daripada 4.25 sen seunit itu, agihan pendapatan adalah 3.50 sen seunit dengan bonus 0.75 sen seunit. Manakala pembayaran ihsan sebanyak 0.75 sen seunit khusus sempena Ulang Tahun ASB ke-30. Namun begitu, ia hanya diperuntukkan bagi 30,000 unit pertama sahaja. Kalau korang nak lebih faham, korang boleh refer pada cara pengiraan di bawah.

Photo6276157331242855278

“Unit yang dilaburkan semula dari pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021.” – Tan Sri Dr Zeti Aziz.

Menurut Zeti, pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan. Walaupun mencatatkan pulangan terendah, namun rata-rata netizen tetap meluahkan rasa syukur kerana faham dengan situasi ekonomi yang melanda negara, tambah-tambah lagi masalah pandemik yang berlaku sekarang.

Photo6276157331242855282
Photo6276157331242855280
Photo6276157331242855281

Kalau korang ada pertanyaan lanjut, bolehlah berurusan dengan pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara. Tapi, kena tunggu sampai 4 Januari tahun depan sebab buat masa sekarang, urus niaga ASB ditangguhkan sehingga 3 Januari bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas