Connect with us

Oh! Media

Dapatkan Xiaomi Mi Watch Lite Pada 17 Disember Ini Dengan Harga RM199, Siap Ada 11 Mod Sukan Lagi!

34c4b78d 2b31 44f4 9321 29f7fd2d815f

Oh! Tech

Dapatkan Xiaomi Mi Watch Lite Pada 17 Disember Ini Dengan Harga RM199, Siap Ada 11 Mod Sukan Lagi!

Kalau korang perasan sekarang ni ramai yang dah mula menggayakan Smart Watch kan? Dekat pasaran pun dah ada pelbagai jenama terkenal yang mengeluarkannya. Kalau korang nak tahu, Xiaomi pun ada mengeluarkan Smart Watch yang dipanggil Mi Watch Lite dan baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia gais.

Untuk Xiaomi Mi Watch Lite ni, ia didatangkan dengan skrin 1.4 inci yang beresolusi 320×320 pixel. Baterinya pula berkapasiti 230mAh dan dikatakan mampu bertahan sehingga 9 hari yang cuma mengambil masa 2 jam je untuk di cas. Pergh! Memang mantul. Smart Watch yang Ohmedia pakai sekarang ni pun boleh 2 hari sekali kena caj tau, sedih betul! 

C5aae671 b85b 49ef 91b2 c746ea3d9c3f

Terdapat pelbagai features yang ada pada Xiaomi Mi Watch Lite ni gais. Korang boleh semak data kesihatan dan apa yang menariknya, ia menyokong 11 mod sukan seperti berenang, larian, berbasikal dan banyak lagi. Bukan tu jer, ia juga mempunyai integrasi GPS selain kemudahan menyemak tekanan udara.

IKLAN

Bermula 20 Disember ini, Xiaomi Mi Watch Lite ni akan dijual pada harga RM249 je gais. Kalau korang memang minat dekat Xiaomi Mi Watch Lite ni, sila set kalender pada 17 Disember ni untuk dapatkannya secara pra-tempahan pada harga RM199 je di Lazada. Jangan lepaskan peluang ni! 

Kredit: lowyat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas