Connect with us

Oh! Media

Media Perlu Jaga Etika Kerja & Buat Laporan Tepat Dengan Fakta – Dr Zuklifli

ohmedia drzulkifli aljazeerapng

Umum

Media Perlu Jaga Etika Kerja & Buat Laporan Tepat Dengan Fakta – Dr Zuklifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi respon mengenai isu pihak media antarabangsa Al Jazeera yang mengeluarkan dokumentari yang dilihat jahat dan berat sebelah dengan mengatakan Malaysia rasis dan memberi layanan buruk kepada warga asing semasa menguruskan Covid-19.

Laporan berkenaan bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat antarabangsa, bahkan turut mencemarkan imej Malaysia yang sedang berusaha sedaya upaya memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19.

Pengamal media perlu menjaga etika kerja dan membuat laporan tepat dengan fakta yang sahih supaya berita yang disiarkan diterima dengan tenang dan bukan persepsi tidak baik. – Jelas Dr. Zulkifli.

Ketua polis negara sebelum ini juga telah memaklumkan pihak mereka membuka kertas siasatan dan akan memanggil beberapa individu dari Al Jazeera termasuklah wartawan yang melakukan tugasan ini.

Ini termasuklah wanted dikeluarkan pihak Imigresen yang sedang memburu warga asing Bangladesh setelah mengeluarkan kenyataan mengelirukan di dalam video terbabit yang bernama Md Rayhan Kabir.

IKLAN

Video dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown ini berdurasi 26 minit, dikeluarkan pada 3 Julai lalu dan mendapat pelbagai reaksi sehingga pihak mereka terpaksa menutup ruangan komen di YouTube.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas