Connect with us

Oh! Media

Malaysia ‘Raja’ Rokok Seludup Dunia

Untitled Design 8

Trending

Malaysia ‘Raja’ Rokok Seludup Dunia

Baru-baru ni, Malaysia sekali lagi jadi topik hangat berita global selepas dilabel sebagai negara terbesar di dunia yang terlibat dalam pasaran dan penjualan rokok seludup. Fuh!

‘Title’ ni telah diletakkan oleh firma peneraju kajian strategik pasaran, Euromonitor International dalam Forum NST175 Insight yang membincangkan topik “Pasaran Rokok Seludup: Pandangan Multinasional”.

Kalau ikutkan, ni bukannya suatu perkara yang patut kita bangga tau! Bila kita dah terkait dengan isu rokok seludup, tak mustahil negara luar akan kaitkan kita dengan jenayah-jenayah lain macam seludup manusia ataupun haiwan liar. Haih.

IKLAN
Untitled design 7 1

Menurut David Luna, bekas Diplomat Amerika Syarikat, yang juga bekas Pengerusi Pasukan Petugas Bagi Menangani Dagangan Haram di OECD, pasaran rokok seludup Malaysia boleh membahayakan negara ASEAN dan ekonomi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Disebabkan Malaysia kini berperanan sebagai pengerusi dan tuan rumah APEC tahun ini, kerajaan Malaysia harus mengambil peranan peneraju untuk memulakan kerjasama melangkaui sempadan bagi menangani masalah multinasional ini.” – katanya.

Kami faham, mungkin rokok seludup ni boleh jadi alternatif buat para perokok untuk jimatkan kos. But still, matlamat tak halalkan cara. Jadi, pihak bertanggungjawab perlu cari jalan yang terbaik untuk selesaikan isu ni. Jangan pula sebab nak cari untung, maruah negara tergadai.

Kredit: Berita Harian, Facebook NST Online

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas