Connect with us

Oh! Media

Fasha Sandha & Jejai Sah Cerai Talak Satu

ohmedia fasha sandha sah berceraijpg

Umum

Fasha Sandha & Jejai Sah Cerai Talak Satu

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan. Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

IKLAN

Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar. Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.

Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

Sumber : Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas