Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Berhampiran Makkah

saudi 1jpg

Umum

(VIDEO) Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Berhampiran Makkah

Satu serangan peluru berpandu yang didakwa telah dilancarkan oleh pemberontak Houthi Yemen berhampiran kota suci Mekah telah berjaya dipintas oleh pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi.

Tambah tentera pakatan lagi, pemberontak melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi. Manakala kota suci Makkah terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak yang pernah membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama pada 9 Oktober yang lalu apabila gabungan tentera Arab turut berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

IKLAN




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas