Connect with us

Oh! Media

Jemaah Haji Malaysia Selamat Sampai

image2b252812529jpg

Umum

Jemaah Haji Malaysia Selamat Sampai

Arafah, Arab Saudi. Jemaah Malaysia telah selamat sampai di khemah-khemah muasassah yang menempatkan seluruh jemaah haji dari Malaysia.

Salah seorang jemaah haji Malaysia, Ghazali Zainal Abidin berkata,walaupun ribut dan angin kencang melanda Makkah dan Arafah namun perjalanan semua jemaah mengikut jadual.

Katanya, pergerakan jemaah-jemaah haji Malaysia telah bermula sejak pagi semalam (19hb Ogos) sehingga tengah malam tadi.

IKLAN

“Semuanya telah selamat memasuki khemah-khemah yang telah disediakan. Hanya tinggal lagi kurang dari enam jam lagi, para jemaah haji akan melalui Hari Arafah atau Wukuf.

“Setelah wukuf selesai (masuk waktu Maghrib), pergerakan jemaah haji Malaysia seterusnya akan dibawa melalui bas ke Muzdalifah dan kemudian terus ke Mina,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan hujan lebat dan angin kencang melanda Arafah, petang semalam.

Cuaca buruk turut disertai ribut petir itu berlaku menjelang hari Wukuf hari ini.

Sumber: Sinar Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas