Connect with us

Oh! Media

Highland Tower Akan Diruntuhkan Selepas 25 Tahun Terbiar

1200px highland towers 2008jpg

Umum

Highland Tower Akan Diruntuhkan Selepas 25 Tahun Terbiar

Terbiar selama 25 tahun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin memaklumkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah bersedia untuk merobohkan bangunan ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah yang membuatkan pihak kerajaan mengambil masa yang lama sebelum merobohkan bangunan terbiar ini. Difahamkan proses ini berlanjutan berikutan proses untuk mengenalpasti unit dan tuan rumah bagi unit di dalam apartmen ini.

Mengulas mengenai projek terbaru, nampaknya pihak pemaju tidak menangguh lama sebelum projek baru dibangunkan semula pada bulan Disember ini. Kemungkinan besar projek yang bakal dibangunkan ini tidak lama sebuah apartmen memandangkan keadaan tanah yang tidak sesuai pada tempat tersebut.

IKLAN

Pihak kementerian turut mencadangkan agar sebuah pusat rekreasi dibangunkan bagi membolehkan penduduk sekitar beriadah. Untuk pengetahuan anda, Bangunan Highland Tower ini pernah mengalami masalah melibatkan runtuh sekaligus meragut 48 nyawa.

Harapnya projek untuk merobohkan Bangunan Highland Tower ini tidak dilanda dengan masalah melibatkan mistik mahupun pengguna yang sudahpun mendapatkan unit Highland Tower sebelum ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas