Connect with us

Oh! Media

Reaksi Salah Membaling Botol Dipertahan Penyokong

Mohamed salahjpg

Umum

Reaksi Salah Membaling Botol Dipertahan Penyokong

Tersebar satu rakaman yang sempat dirakam oleh BT Sport di mana Mohamed Salah menunjukkan satu reaksi seakan kecewa selepas Roberto Firmno meledak gol kemenangan pada lewat permainan berdepan Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

Salah yang duduk di bangku simpanan dilihat seakan kecewa selepas membaling botol minuman ke lantai, aksi itu menunjukkan seakan melepaskan kemarahan.

Mengulas insiden itu, Rio Ferdinand dan Michael Owen percaya tiada perasaan sakit hati yang timbul antara Salah dan rakan sepasukannya.

IKLAN

“Saya harap (dia meraikannya),” kata bekas pertahanan Manchester United itu. “Mereka bersatu di atas padang ketika ini, saya fikir Salah meraikan (gol) dengan caranya sendiri.

Sementara Owen pula menjawab ringkas: “Saya fikir dia gembira.”

Peminat juga dengan pantas menilai klip video berkenaan dengan menyifatkan lengan Salah yang diangkat tinggi sebelum membaling botol membuktikan bahawa dia gembira melihat kemenangan diraih pada saat akhir.

Perlawanan itu menyaksikan Liverpool menang 3-2 ke atas PSG.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas