Connect with us

Oh! Media

Kereta Api Dengan Kuasa Hidrogen Pertama Dunia Dihasilkan Jerman

kereta3jpg

Umum

Kereta Api Dengan Kuasa Hidrogen Pertama Dunia Dihasilkan Jerman

Penggunaan hidrogen untuk kereta api akhirnya berjaya dihasilkan oleh Jerman dengan melancarkan kereta api pertama dunia berkuasa hidrogen semalam. Langkah ini dilihat sebagai satu kejayaan kerana ia mampu mencabar kepada tren yang menggunakan diesel yang dilihat mencemarkan alam sekitar.

Dua kereta api biru terang Coradia iLint, dibina pembuat tren TGV Perancis, Alstom, memulakan laluan sepanjang 100 kilometer antara pekan dan bandar di Cuxhaven, Bremerhaven, Bremervoerde dan Buxtehude di utara Jerman, laluan biasanya digunakan tren berkuasa diesel.

Kereta api hidrogen dilengkapi sel bahan api yang menghasilkan tenaga elektrik menerusi gabungan hidrogen dan oksigen, proses yang melepaskan wap dan air sebagai pelepasan tunggal. Tenaga berlebihan disimpan dalam bateri litium ion di dalam kereta api.

IKLAN

Kereta api Coradia iLint itu boleh bergerak sejauh 1,000 kilometer menggunakan tangki hidrogen tunggal, sama dengan jenis kereta api diesel.

Oh! Media: Nampaknya semakin banyak ciptaan-ciptaan yang lebih hijau dihasilkan. Walaupun kosnya agak tinggi untuk telnologi yang canggih. Agaknya bila Malaysia nak ada satu?

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas