Lebih 30 penumpang pesawat Jet Airways 9W 697 yan g membawa 166 penumpang mengalami pendarahan pada hidung dan telinga akibat juruterbang terlupa untuk menekan suis mengawal tekanan kabin.
Insiden yang menggemparkan ini sempat dirakam dan dikongsi penumpang menerusi Twitter menunjukkan topeng oksigen jatuh berjuntai dan mencetuskan panik terhadap semua penumpang.
Pesawat itu kemudiannya berpatah balik ke Mumbai dan penumpang yang mengalami sakit telinga dan hidung berdarah turut diberi rawatan sementara penerbangan alternatif disediakan untuk mereka.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kru terbabit telah digantung tugas sementara siasatan dijalankan dan mereka turut kesal dengan kejadian itu yang telah menyebabkan ketidakselesaan terhadap penumpang.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!