Disaat pemimpin dunia memboikot untuk menghadiri persidangan pelaburan yang dianjurkan Arab Saudi, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pula terpaksa untuk turut serta kerana ‘terdesak’ ingin mendapatkan pinjaman dari Arab Saudi bagi melonjakkan ekonomi Pakistan.
Ia adalah kunjungan kedua Khan ke Arab Saudi dalam tempoh sebulan, namun beliau belum berjaya mendapatkan bantuan kewangan penting untuk negaranya.
“Saya merasa perlu memanfaatkan peluang ini kerana di sebuah negara dengan 210 juta orang ketika ini, kami berdepan krisis hutang terburuk dalam sejarah.
“Kecuali kami mendapatkan pinjaman daripada negara sahabat atau Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), kami sebenarnya tidak memiliki pertukaran mata wang asing mencukupi untuk dua atau tiga bulan lagi bagi membayar hutang atau membayar import. Justeru kami agak terdesak buat masa ini,” kata Khan dipetik sebagai berkata.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!