Connect with us

Oh! Media

Perak Lakukan Perarakan Piala Malaysia Ahad Ini

Image2b2528252529jpg

Umum

Perak Lakukan Perarakan Piala Malaysia Ahad Ini

Perak yang berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Terengganu FC pada Oktober lalu akan melakukan perarakan yang akan diraikan pada Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri menjemput semua rakyat di negeri itu untuk bersama-sama meraikan dua sambutan pada larian berkenaan.

“Pada hari berkenaan (Ahad ini) akan jemput semua pemain bola sepak (skuad juara Piala Malaysia) dan trofi Piala Malaysia akan diarak bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IKLAN

“Jemput orang ramai berpakaian sukan datang beramai-ramai Ahad ini bagi sama-sama meraikan dua hari bersejarah negeri (Hari Keputeraan Sultan dan meraikan juara Piala Malaysia).

“Saya sudah menyembahkan perkara ini kepada Sultan Nazrin dan baginda berkenan bersama-sama meraikan kejayaan itu (juara Piala Malaysia) dan menganugerahkan pingat kepada pemain sehari sebelum itu,” katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas