Connect with us

Oh! Media

Potongan 50 Peratus Untuk Saman Trafik Sehingga 9 November Ini

kamera aesjpg

Umum

Potongan 50 Peratus Untuk Saman Trafik Sehingga 9 November Ini

Bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi diskaun sehingga 50% bagi saman trafik bermula hari ini hingga 9 November ini dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Jadi buat mereka yang masih mempunyai saman tertunggak, ini merupakan satu berita yang baik untuk anda. Anda yang ingin mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran boleh ke Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Malah, lokasi pemberian diskaun saman ini juga akan dilaksanakan di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.

Akan tetapi, diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

IKLAN

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas