Connect with us

Oh! Media

Drogba Teruja Untuk Melawat Selangor

didier drogba chelsea 5uki368qt14p18evf8fcylcxpjpg

Umum

Drogba Teruja Untuk Melawat Selangor

Setelah pengumuman persaraan bintang popular pasukan Chelsea iaitu, Didier Drogba, kini penyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea berpeluang bertemu dengan pemain legenda The Blues apabila bekas penyerang itu dijadualkan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di Petaling Jaya pada 8 Disember ini.

Peminat berpeluang menyertai sesi soal-jawab eksklusif bersama Drogba yang dihoskan penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang serta disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, peluang bergambar dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

“Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa ramai peminat Chelsea di Selangor,” kata Drogba, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia (Yokohama).

IKLAN

Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea, juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas