Connect with us

Oh! Media

Harimau Malaya Perlu Mengaum Lebih Garang di Hanoi

leg 1 final piala aff 2018 malaysia vs vietnamjpg

Umum

Harimau Malaya Perlu Mengaum Lebih Garang di Hanoi

Berikutan dengan keputusan seri 2-2 di antara Malaysia menentang Vietnam malam tadi, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu depan.

“Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi kita membenarkan dua jaringan mudah pasukan lawan. Kita bermula baik sebelum pemain hilang tumpuan. Namun kita masih mempunyai 90 minit dan saya positif dan optimis untuk perlawanan di Hanoi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol, sebelum pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad menanduk masuk bola untuk gol pertama diikuti jaringan menerusi sepakan percuma menarik diambil Muammad Safawi Rasid untuk menyamakan kedudukan 2-2.

IKLAN

Dalam pada itu, Muhammad Safawi mengakui perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan aksi paling berintensiti tinggi bagi skuad negara sepanjang kempen Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

“Saya merasakan perlawanan ini sengit dan kita juga bolos awal, jadi itu memberi sedikit tekanan.

“Tetapi kami berjaya menyamakan kedudukan dan saya gembira menjaringkan gol kedua hasil bantuan rakan sepasukan. Kita ada 90 minit lagi untuk cuba melakukan yang terbaik dan dapatkan keputusan positif,” katanya.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas