Connect with us

Oh! Media

Lukaku Selamatkan Manchester United Daripada Terluka

0 js171756339jpg

Umum

Lukaku Selamatkan Manchester United Daripada Terluka

Ole Gunnar Solskjaer memberikan Manchester United empat kemenangan daripada empat perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi apabila menewaskan Newcastle seterusnya merapatkan kedudukan dengan pasukan tangga keempat Chelsea yang seri di laman sendiri berdepan Southampton.

United terus meningkat sejak bekas penyerang itu menggantikan Jose Mourinho, menjaringkan 12 gol dalam tiga perlawanan pertamanya selaku pemangku namun dipaksa bekerja keras untuk menang 2-0 berdepan pasukan penuh disiplin Newcastle di St James’s Park.

Kemenangan itu meletakkan mereka di kedudukan keenam liga dengan 38 mata, hanya tiga mata di belakang Arsenal dan enam Chelsea.

IKLAN

Pemain gantian, Romelu Lukaku memecahkan kebuntuan hanya selepas 38 saat dimasukkan pada pertengahan babak kedua.

Dia menyambar bola yang ditepis penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka selepas cubaan menerusi sepakan percuma Marcus Rashford manakala Rashford sendiri memastikan mata penuh dengan jaringan minit ke-80.

Pertukaran itu membuahkan hasil segera dengan pengurus sementara itu amat gembira apabila menyaksikan ia adalah kali ketiga musim ini United tidak bolos dalam Liga Perdana.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas