Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Dikatakan Campur Tangan Dalam Pemilihan Agong Ke-16

Oh! Negara

Tun Mahathir Dikatakan Campur Tangan Dalam Pemilihan Agong Ke-16

Berhubung isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baru, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dan perkara ini akan diserahkan sepenuhnya kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai hak bagi memutuskan apa juga bentuk tindakan selanjutnya berhubung perkara itu.

“Saya harap (pengganti) diselesaikan secepat mungkin sebab sebagai PM (Perdana Menteri) saya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Penggantinya akan ditentukan oleh Majlis Raja-Raja, saya tak tahu lah macam mana nak
tentukan, terpulang kepada raja-raja (Majlis Raja-Raja),” katanya

IKLAN

Ini susulan dengan pelbagai pihak ada mengatakan bahawa ada tangan-tangan yang cuba campur tangan bagi mengelakkan Sultan Johor memegang jawatan Agong berkenaan.

Sebelum ini, Lokman Noor Bin Adam dalam satu sidang media mendakwa Tun Mahathir telah menghantar dua individu iaitu bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk berjumpa dengan sultan-sultan untuk tidak memilih dan mengundi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai Agong.

Walaubagaimanapun, pada 24 Januari ini, Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara bagi memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas