Connect with us

Oh! Media

Penerapan Pendidikan Seks Dicadangkan Bagi Mengatasi Masalah Sosial

hannah yeoh 810x538jpg

Oh! Negara

Penerapan Pendidikan Seks Dicadangkan Bagi Mengatasi Masalah Sosial

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan menyatakan tentang cadangan untuk memasukkan mata pelajaran pendidikan seks dan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan.

Hannah Yeoh yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata berdasarkan rekod dan statistik, seramai sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks.

Sehubungan itu, beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching, dalam masa terdekat bagi mengekang masalah terbabit.

IKLAN

“Pada masa ini, semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah hubungan seks di kalangan pelajar.

“Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas adalah satu jumlah yang besar,” katanya

Tambahnya lagi, pendidikan seks ini dilihat perlu diberikan penekanan dari awal kerana jika kita tidak berbuat demikian, anak-anak ini akan mengetahuinya melalui segala bentuk laman sosial dan akan menggunakannya dengan perlakuan yang salah dan sekaligus menghancurkan generasi berkenaan.

“Dalam zaman serba moden ini, remaja seawal usia 13 tahun sudah tahu apa itu seks, namun mereka perlu diberikan maklumat yang betul mengenainya.

“Justeru, pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan seks ini amat penting dalam menyampaikan sesuatu perkara yang benar kepada anak-anak kita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas