Connect with us

Oh! Media

Individu Mengaku Sultan Sheikh Ahmad dan Memiliki Semua Kekayaan Negara Ini Direman

12b252832529jpg

Umum

Individu Mengaku Sultan Sheikh Ahmad dan Memiliki Semua Kekayaan Negara Ini Direman

Sebelum ini, telah tular di media sosial berikutan seorang lelaki yang menggelar dirinya Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain dan mendakwa kekayaan di negara ini adalah miliknnya dan mempunyai kaitan dan kepentingan di beberapa negara lain.

Walaubagaimanapun, kini dia telah direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu sisasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Suspek berumur 47 tahun telah ditahan Ahad lalu selepas mengadakan sidang akhbar di sebuah kem modal insan di Sungai Rambai.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, “Dalam sidang akhbar dihadiri 100 pengikut itu, suspek yang mendakwa dirinya pemerintah keseluruhan Malaysia turut mempamerkan beberapa barangan artifak dikatakan milik diraja sebagai bukti beliau merupakan pemerintah sah.

“Berikutan laporan yang telah dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan merampas kesemua artifak digunakan,” katanya.

Katanya, antara yang dirampas ialah 10 bilah keris, sebatang tombak, lapan bilah pedang, satu dulang tembaga dan satu jade bersalut tujuh gambar naga.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas