Connect with us

Oh! Media

Baby Shima Terkejut dan Kecewa – Harap Pihak Berkenaan Bersihkan Namanya Semula

28153041 320286985159041 6096264730127630336 njpg

Umum

Baby Shima Terkejut dan Kecewa – Harap Pihak Berkenaan Bersihkan Namanya Semula

Berikutan dengan kes pelacuran yang memgaitkan enam artis Indonesia seperti yang dilaporkan pihak berkuasa di sana, nama dan gambar penyanyi Baby Shima turut disiarkan dalam sebuah program hiburan dan telah memberikan kekeliruan terhadap peminatnya.

Walaubagaimanapun, Baby Shima menafikan bahawa dirinya turut terlibat dalam aktiviti tidak sihat itu dan dia amat terkejut dan kecewa kerana ada pihak yang telah mengeluarkan gambarnya.

“Hari ini saya agak kecewa dan terkejut kerana mendapat berita daripada pihak pengurusan bahawa gambar saya terpampang dalam sebuah program televisyen. Walhal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran tersebut.

IKLAN

“Saya berharap sesiapa yang mengenali diri tidak salah faham dan dapat membantu untuk membersihkan nama kerana ia telah memberi impak buruk kepada diri saya,” ujar Baby Shima dalam sebuah video yang di muat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Untuk pengetahuan anda, antara enam nama artis yang terlibat adalah, Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Riri Febianti, Aldira Chena, Tiara Permata Sari dan Baby Shu yang disalah anggap sebagai Baby Shima.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas