Connect with us

Oh! Media

Ebby Yus Hilang Mata Pencarian – Setahun Lebih Tidak Bekerja Kerana Buah Pinggang Bocor

Fac45fe963262f5f4e70829410cad114 xljpg

Umum

Ebby Yus Hilang Mata Pencarian – Setahun Lebih Tidak Bekerja Kerana Buah Pinggang Bocor

Seniman yang merupakan seorang pelakon dan pelawak Ebby Yus kini hilang sumber pendapat sejak beberapa tahun kerana doktor telah mengesahkan dia mengalami masalah buah pinggang bocor dan jantungnya kembali lemah.

Ebby Yus yang kini berusia 55 tahun itu dilihat sudah tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja, inikan pula untuk terus berlakon..

“Setahun setengah juga saya tak bekerja. Bukan tak mau kerja, tapi saya tidak ada kemampuan” jelasnya.

IKLAN

Ebby Yus juga mengatakan bahawa hasil pemeriksaan doktor, jantungnya hanya mempunyai lebih 20 peratus tahap kekuatan berbanding manusia normal yang mempunyai kekuatan 60 peratus.

Beliau juga dilihat begitu dalam kesempitan setelah duit simpanannya turut telah habis berikutan  pembiayaan rawatannya sehingga kini.

Walaubagaimanapun, rakan-rakan tetap sentiasa ada bagi membantu meringankan beban yang dihadapi Ebby Yus dan Ajak Shiro turut memberi tahu bahawa mereka telah berbincang bersama semua pelawak lain seperti Bocey, Zero dan Taman bagi mengumpulkan dana hasil wang kemenangan mereka bagi diberikan kepada Ebby Yus.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas