Connect with us

Oh! Media

Haram Juarai Anugerah Juara Lagu Ke-33

Haram2bajl33jpg

Umum

Haram Juarai Anugerah Juara Lagu Ke-33

Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang berlangsung malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil telah menyaksikan lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjuarai dan layak mebawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Lagu Haram hasil ciptaan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong disifatkan cukup sengit apabila bersaing dengan lagu Bunga yang dibawa oleh Ara Johari yang menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.

IKLAN

Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas