Connect with us

Oh! Media

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ziarah Azmin di Hospital

Hddpng

Oh! Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ziarah Azmin di Hospital

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini sedang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Ini dikongsikan oleh anaknya iaitu Farah Amira di Twitter yang menunjukkan dua gambar Sultan Abdullah yang sedang melawat ayahnya.

“Saya dan keluarga menjunjung kasih atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli petang ini.

IKLAN

“Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara,” kata Farah Amira menerusi kiriman di Twitter.

Sebelum ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah menziarahi Azmin Ali tetapi turut tidak mengetahui di mana lokasi hospital untuk dia mendpatkan rawatan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas