Connect with us

Oh! Media

Burger Ramly Terkenal di New York Dijual RM51

51479879 778277469195246 4334198081332445184 njpg

Umum

Burger Ramly Terkenal di New York Dijual RM51

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan yang masih dibuka hingga awal pagi.

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Kini, burger special yang kita sering makan dikenali seluruh dunia! Ia semakin popular setelah Insider Food memuatnaik video penyediaan video burger special berasal dari Malaysia.

IKLAN

Mereka teruja kerana daging burger itu dibungkus oleh sebiji telur dan diletakkan sos di bahagian dalam daging burger yang dibungkus telur tadi.

Selain itu, video itu juga menyatakan rahsia keenakan burger itu datang daripada pelbagai rempah ratus Malaysia dan perasa kari khas serta mayonis pedas.

Mungkin cara daging burger itu dibungkus dengan telur membuatkan mereka teruja melihatnya kerana burger di luar negara tak sama seperti burger special Malaysia (walaupun timun diganti dengan salad).

Jualan burger Malaysia itu diadakan bersempena The Malaysian Project di Queens International Night Market, The Meadows Music & Arts Festival dan festival lain sekitar bandar New York.

Sumber: Metafora Anafora

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas